RECENT POST

get this widget

Popular Posts

Bangkai Buaya Gergasi Ditemui Di Kuala Selangor

Friday, July 26, 2013

 KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.
Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.
“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.

Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.

“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.

“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.

“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya.
#sumberharianmetro


Read Post | comments

Lelaki Dibunuh Dan Diaibkan Dengan Kemaluannya Sengaja Ditunjukkan

Wednesday, July 24, 2013

Keadaan mayat yang diaibkan
Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan anggota badannya diikat dalam kedudukan berdiri di atas tangga sambil kemaluannya sengaja ditunjukkan di kawasan dusun 20 meter dari jalan utama di Kampung Padang Siding, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, seorang pelajar yang tinggal berhampiran lokasi kejadian Muhammad Anas Khamis, 21, mendakwa diberitahu orang ramai mengenai penemuan mayat dalam keadaan mengaibkan.
Difahamkan, mayat yang dibunuh dengan cara dilemaskan di dalam air itu sengaja diaibkan dalam keadaan sedemikian dipercayai bermotifkan dendam akibat perempuan.

Muhammad Anas berkata, ketika itu dia berada di rumah sebelum orang yang lalu lalang di jalan utama memberitahu keluarganya mengenai penemuan mayat itu di lokasi kejadian yang juga dusun milik datuknya Abdullah Jusoh, 70.
“Menurut mereka, pada mulanya sangkaan mereka ialah ia hanya patung diletakkan bagi menghalau binatang memakan buah-buahan di situ, namun sebaliknya ia adalah mayat lelaki yang diikat di tangga dengan mulut, tangan, kaki serta matanya juga diikat kain hitam.
#harianmetro
Read Post | comments

Perogol dibunuh dan kemaluannya disumbat kemulut

Wednesday, September 26, 2012

Difahamkan mayat tersebut adalah seorang perogol yang dibunuh kemaluannya dipotong dan disumbat kemulutnya.
Read Post | comments

Kakak bersetubuh dengan adik lelaki sendiri???

Friday, September 14, 2012

REMAJA berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak atas tuduhan sumbang mahram di Jerantut, Pahang, semalam. - BERNAMA

JERANTUT 13 Sept. - Seorang remaja berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakaknya sehingga melahirkan seorang anak.
Remaja terbabit yang tinggal di sebuah kampung dekat Batu Balai di sini, didakwa melakukan sumbang mahram bersama kakaknya yang berusia 15 tahun pada pukul 12.30 malam, dalam bulan November tahun lalu.
Dia yang juga anak bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 di salah sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Jerantut didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 376B kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun dan sebatan.~ Utusan Malaysia
Read Post | comments

Diikat, dibogel kawan lama

Tuesday, September 11, 2012

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Demi memperoleh RM4,000, seorang lelaki dibantu lima rakan jenayahnya berusia 30 tahun bukan saja sanggup memerangkap rakan baiknya sendiri yang bertemu semula selepas 10 tahun, sebaliknya turut menyeksa mangsa hampir tujuh jam selepas dikurung di sebuah flat di Chow Kit, di sini.
Dalam kejadian bermula pada jam 10 malam, 4 September lalu, mangsa berusia 32 tahun disebat dengan wayar elektrik selain dipukul dengan batang mop. 
Malah, mangsa dibogelkan sebelum gambarnya dirakam menggunakan telefon bimbit.

Tambah keji, sepanjang ditawan, mangsa disuntik sejenis cecair dipercayai dadah sebelum suspek meminta RM4,000 sebagai syarat pembebasannya.

Mangsa bagaimanapun, berjaya melarikan diri pada jam 7 pagi keesokannya ketika dibawa dua suspek ke pejabatnya untuk mengambil wang yang dituntut.~ METRO
Read Post | comments

Mayat reput dalam plastik hitam

Gambar Hiasan

ULU YAM – Seorang pemotong rumput tidak menyangka bungkusan plastik hitam yang ditemuinya di tepi jalan di Kilometer 14.5, Jalan Ulu Yam dekat Batu Caves di sini semalam rupa-rupanya berisi mayat seorang lelaki.
Mayat lelaki yang sudah reput serta berulat itu ditemui pada pukul 2 petang ketika pekerja tersebut sedang memotong rumput di kawasan semak terbabit.
Pekerja tersebut yang curiga dengan bau busuk kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Turut ditemui ialah sebuah kenderaan yang tersadai di tepi jalan tidak jauh dari tempat mayat mangsa ditemui.
Pemeriksaan mendapati, mangsa memakai seluar panjang dan kemeja lengan panjang berwarna coklat dan putih, dengan bahagian tangan dan kepala hanya tinggal tulang.~ KOSMO

Read Post | comments

Memey tahu pulak tak nak bermadu

Monday, September 10, 2012

Semasa Abby jadi isteri Norman kamu juga yang kacau rumahtannga orang lain.

AKTRES jelita Memey Suhaiza kini sedang dilambung bahagia bersama suaminya aktor Norman Hakim apabila dia kini hamil anak sulung yang telah memasuki usia empat bulan.
Bakal menimang cahaya mata lelaki pada bulan Februari tahun depan, Memey telah bersedia untuk bergelar seorang ibu sementelah, dia juga mempunyai tiga orang anak tiri hasil perkongsian hidup Norman bersama aktres Abby Abadi.
"Sudah pasti saya bersedia untuk menjadi ibu dan sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk melahirkan anak sulung ini. Apabila hamil, saya rasa hidup telah lengkap sebagai wanita dan sekarang merupakan saat yang sungguh membahagiakan saya," ujarnya yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-10 pusat beli-belah Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur.
Cerita Memey, Norman menjaganya dengan penuh teliti sepanjang tempoh kehamilannya, malah setiap hari mereka teruja dengan perkembangan bayi yang dikandungnya.
"Setiap hari bila bangun tidur, saya akan pandang cermin dan lihat perut yang semakin membesar. Perasaannya sungguh bahagia bila tahu keluarga saya akan semakin membesar.
"Norman juga walaupun sibuk tetap menjaga saya dengan baik rasa macam puteri pun ada (ketawa). Saya tidak mengidam makanan yang pelik-pelik, cuma jika saya mahukan sesuatu, saya mahukan makanan yang ada di depan mata contohnya, buah mangga yang bergayut-gayut di atas pokok rumah jiran.
"Saya tidak mahu buah mangga yang lain, kecuali yang di atas pokok milik jiran. Kelakar pun ada, tetapi saya dengar cerita, wanita hamil mempunyai keinginan yang berbeza-beza, setiap orang tidak sama," tuturnya lagi.
Sungguhpun tidak mengidam sebarang makanan, Memey mengakui dia mengalami alahan yang cukup teruk sehingga menyebabkannya terpaksa berehat buat sementara waktu daripada sebarang aktiviti seni.
"Doktor beritahu, alahan biasanya dialami sehingga kehamilan mencecah usia tiga bulan, tetapi saya telah masuk bulan keempat masih mengalami alahan.
"Uniknya, sejak 31 Ogos lalu, suami saya turut terkena tempias alahan yang sama seperti saya. Deria bau suami semakin sensitif dan katanya pergi mana-mana dia rasa ada bau busuk dan tekak loya-loya.
"Pada mulanya saya pelik juga, tetapi apabila suami beritahu dia mengalami perkara yang sama ketika Kak Abby mengandungkan anak yang kedua, saya rasa memang perkara seperti ini boleh berlaku," cerita Memey yang terfikir untuk memberi nama anaknya, Muhammad Darwish Hakim.
Sebagai isteri, kata Memey dia berasa kasihan melihat alahan yang terpaksa ditanggung suaminya kerana Norman harus keluar bekerja mencari rezeki seperti biasa.~KOSMO
Read Post | comments
 
© Copyright My General Story 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all