RECENT POST

get this widget

Popular Posts

Perogol dibunuh dan kemaluannya disumbat kemulut

Wednesday, September 26, 2012

Difahamkan mayat tersebut adalah seorang perogol yang dibunuh kemaluannya dipotong dan disumbat kemulutnya.
Read Post | comments

Kakak bersetubuh dengan adik lelaki sendiri???

Friday, September 14, 2012

REMAJA berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak atas tuduhan sumbang mahram di Jerantut, Pahang, semalam. - BERNAMA

JERANTUT 13 Sept. - Seorang remaja berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakaknya sehingga melahirkan seorang anak.
Remaja terbabit yang tinggal di sebuah kampung dekat Batu Balai di sini, didakwa melakukan sumbang mahram bersama kakaknya yang berusia 15 tahun pada pukul 12.30 malam, dalam bulan November tahun lalu.
Dia yang juga anak bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 di salah sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Jerantut didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 376B kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun dan sebatan.~ Utusan Malaysia
Read Post | comments

Diikat, dibogel kawan lama

Tuesday, September 11, 2012

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Demi memperoleh RM4,000, seorang lelaki dibantu lima rakan jenayahnya berusia 30 tahun bukan saja sanggup memerangkap rakan baiknya sendiri yang bertemu semula selepas 10 tahun, sebaliknya turut menyeksa mangsa hampir tujuh jam selepas dikurung di sebuah flat di Chow Kit, di sini.
Dalam kejadian bermula pada jam 10 malam, 4 September lalu, mangsa berusia 32 tahun disebat dengan wayar elektrik selain dipukul dengan batang mop. 
Malah, mangsa dibogelkan sebelum gambarnya dirakam menggunakan telefon bimbit.

Tambah keji, sepanjang ditawan, mangsa disuntik sejenis cecair dipercayai dadah sebelum suspek meminta RM4,000 sebagai syarat pembebasannya.

Mangsa bagaimanapun, berjaya melarikan diri pada jam 7 pagi keesokannya ketika dibawa dua suspek ke pejabatnya untuk mengambil wang yang dituntut.~ METRO
Read Post | comments

Mayat reput dalam plastik hitam

Gambar Hiasan

ULU YAM – Seorang pemotong rumput tidak menyangka bungkusan plastik hitam yang ditemuinya di tepi jalan di Kilometer 14.5, Jalan Ulu Yam dekat Batu Caves di sini semalam rupa-rupanya berisi mayat seorang lelaki.
Mayat lelaki yang sudah reput serta berulat itu ditemui pada pukul 2 petang ketika pekerja tersebut sedang memotong rumput di kawasan semak terbabit.
Pekerja tersebut yang curiga dengan bau busuk kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Turut ditemui ialah sebuah kenderaan yang tersadai di tepi jalan tidak jauh dari tempat mayat mangsa ditemui.
Pemeriksaan mendapati, mangsa memakai seluar panjang dan kemeja lengan panjang berwarna coklat dan putih, dengan bahagian tangan dan kepala hanya tinggal tulang.~ KOSMO

Read Post | comments

Memey tahu pulak tak nak bermadu

Monday, September 10, 2012

Semasa Abby jadi isteri Norman kamu juga yang kacau rumahtannga orang lain.

AKTRES jelita Memey Suhaiza kini sedang dilambung bahagia bersama suaminya aktor Norman Hakim apabila dia kini hamil anak sulung yang telah memasuki usia empat bulan.
Bakal menimang cahaya mata lelaki pada bulan Februari tahun depan, Memey telah bersedia untuk bergelar seorang ibu sementelah, dia juga mempunyai tiga orang anak tiri hasil perkongsian hidup Norman bersama aktres Abby Abadi.
"Sudah pasti saya bersedia untuk menjadi ibu dan sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk melahirkan anak sulung ini. Apabila hamil, saya rasa hidup telah lengkap sebagai wanita dan sekarang merupakan saat yang sungguh membahagiakan saya," ujarnya yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-10 pusat beli-belah Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur.
Cerita Memey, Norman menjaganya dengan penuh teliti sepanjang tempoh kehamilannya, malah setiap hari mereka teruja dengan perkembangan bayi yang dikandungnya.
"Setiap hari bila bangun tidur, saya akan pandang cermin dan lihat perut yang semakin membesar. Perasaannya sungguh bahagia bila tahu keluarga saya akan semakin membesar.
"Norman juga walaupun sibuk tetap menjaga saya dengan baik rasa macam puteri pun ada (ketawa). Saya tidak mengidam makanan yang pelik-pelik, cuma jika saya mahukan sesuatu, saya mahukan makanan yang ada di depan mata contohnya, buah mangga yang bergayut-gayut di atas pokok rumah jiran.
"Saya tidak mahu buah mangga yang lain, kecuali yang di atas pokok milik jiran. Kelakar pun ada, tetapi saya dengar cerita, wanita hamil mempunyai keinginan yang berbeza-beza, setiap orang tidak sama," tuturnya lagi.
Sungguhpun tidak mengidam sebarang makanan, Memey mengakui dia mengalami alahan yang cukup teruk sehingga menyebabkannya terpaksa berehat buat sementara waktu daripada sebarang aktiviti seni.
"Doktor beritahu, alahan biasanya dialami sehingga kehamilan mencecah usia tiga bulan, tetapi saya telah masuk bulan keempat masih mengalami alahan.
"Uniknya, sejak 31 Ogos lalu, suami saya turut terkena tempias alahan yang sama seperti saya. Deria bau suami semakin sensitif dan katanya pergi mana-mana dia rasa ada bau busuk dan tekak loya-loya.
"Pada mulanya saya pelik juga, tetapi apabila suami beritahu dia mengalami perkara yang sama ketika Kak Abby mengandungkan anak yang kedua, saya rasa memang perkara seperti ini boleh berlaku," cerita Memey yang terfikir untuk memberi nama anaknya, Muhammad Darwish Hakim.
Sebagai isteri, kata Memey dia berasa kasihan melihat alahan yang terpaksa ditanggung suaminya kerana Norman harus keluar bekerja mencari rezeki seperti biasa.~KOSMO
Read Post | comments

Arghhh.. Orang Gangnam... Siti Nurhaliza pun nak Gangnam jugak...


KUALA LUMPUR - Fenomena lagu dan tarian Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Psy kini menular ke Malaysia dan ia turut membabitkan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.
Selepas banyak parodi lagu tersebut dibuat, kini sebuah parodi Gangnam Style Datuk Siti Nurhaliza pula sedang mendapat perhatian di YouTube. Parodi ialah karya seni yang meniru gaya pencipta lain dengan cara yang melucukan.
Klip video parodi dengan durasi lebih empat minit tersebut dihasilkan sekumpulan peminat fanatik Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai Sitizoner.
Ia menampilkan kompilasi klip video persembahan Siti Nurhaliza dari zaman muda sehingga terkini dengan variasi lagu pop, balada dan irama asli daripada penyanyi berusia 34 tahun tersebut.
Mengulas tentang klip video Gangnam Style versi penyanyi itu yang dihasilkan peminatnya, Siti Nurhaliza menyifatkan penghasilan parodi itu sebagai sesuatu yang sangat kreatif.~ KOSMO

Read Post | comments

Atlet lelaki boling yang merogol tetapi dilepaskan terketar telurnya kembali

Saturday, September 8, 2012


Kes rogol pemain boling boleh disemak semula

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol gadis bawah umur.
Beliau berkata, Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan semakan semula kes itu, bagaimanapun mahkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes tersebut.
"Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula), mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan)," kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Keadilan di sini semalam.
Ketua Hakim Negara berkata demikian ketika diminta mengulas kes mahkamah baru-baru ini membabitkan individu yang dituduh merogol gadis bawah yang hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dan bukannya hukuman penjara.~KOSMO
p/s~ kes rogolnya sebelum ini pernah panas kerana dilepaskan hanya dgn bon jaminan berkelakuan baik anda boleh semak disini.
Read Post | comments

Gempar!!! Nurul Syuhada sebenarnya disingkir daripada TV3???

Friday, September 7, 2012


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Pengacara dan wartawan TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zain, 28, meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa stesen televisyen tersebut.
Menurut Nurul Syuhada, tindakan itu tidak ada kena mengena dengan isu Bintulu yang pernah timbul sebelum ini.
"Walaupun saya telah meletakkan jawatan sepenuh masa tetapi saya masih terlibat dengan TV3 sebagai kakitangan separuh masa.
"Mungkin ramai yang akan memberi persepsi yang berbeza mengenai perkara ini, apa pun, saya telah menghantar surat meletakkan jawatan sebulan lalu.
"Buat masa ini, saya hanya akan terlibat sebagai pengacara kepada rancanganMalaysia Hari Ini (MHI) sahaja," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Petaling Jaya, di sini hari ini.~ Utusan Online
Read Post | comments

Gempar dengan penampakan hantu semasa jamuan makan!!!

Thursday, September 6, 2012


Satu klip video parti karaoke yang dikatakan berhantu telah menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand.

Pada awalnya, tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat kelibat hantu dalam video tersebut.

Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk menangkap gambar kesemua tetamu. Pada masa itu seorang tetamu lelaki duduk di hadapan pintu dan tanpa disedari di sebelahnya terdapat seorang lagi lelaki yang sedang duduk.

Pengacara rancangan televisyen ini turut menceritakan tentang kejadian kemalangan ngeri...KLIK disini

Read Post | comments

Bas terpanjang didunia

Wednesday, September 5, 2012



LONDON: Bas yang terpanjang di dunia mula berada di jalan raya di Jerman minggu ini.
Bas yang dicipta oleh pakar dari Institut Untuk Sistem Trafik dan Infrastruktur Fraunhofer, berukuran hampir 30 meter dan mempunyai empat gandar stering serta boleh membawa 256 penumpang.
Bas besar yang fleksibel itu mula dipamerkan kepada orang ramai di Dresden minggu ini, tempat khidmatnya dengan pihak berkuasa pengangkutan tempatan akan digunakan untuk ujian percubaan.

Pihak berkuasa bandar raya Beijing dan Shanghai sudah memesan bas berkenaan yang berharga kira-kira RM31 juta setiap sebuah.
Berita baik untuk aktivis alam sekitar ialah ia boleh bergerak jauh dengan menggunakan kuasa elektrik.

Pengarah institut itu, Matthias Klingner berkata: “Terdapat banyak pengetahuan yang dicurahkan untuk menghasilkan bas ini.

“Kecekapan sistem komputernya sungguh tinggi. Inovasi AutoTram ini bukan terletak pada kepanjangannya saja, tetapi yang paling penting ialah keupayaannya untuk bergerak seperti bas biasa yang sepanjang 12 meter.

“Tidak ada masalah dengan pergerakan dan kestabilannya tetapi kami terpaksa melihat bagaimana bas sepanjang itu akan memberi kesan kepada keadaan trafik di bandar.”

Bas itu menggabungkan kapasiti penumpang sebuah kereta api kecil dan pergerakan sebuah bas. Ia bergerak menggunakan enjin hibrid yang hidup apabila menerima kuasa daripada bateri elektrik, mengecasnya ketika ia menggerakkan kenderaan itu.

Pemandu bas tidak perlu mendapatkan lesen khas bagi memandu bas ini kerana ia menggunakan sistem pemanduan komputer yang unik yang mengawal kepanjangan bas selaras dengan gerabak di depan.

Sistem itu tidak mahal untuk dikendalikan dan lebih murah untuk menggunakannya berbanding sistem kereta api komuter, mendorong bandar lain untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Klinger berkata: “Autotram mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding sistem kereta api ringan.”

Meskipun ia bas terpanjang di dunia, bas dengan kapasiti paling ramai ialah Siri New Liner buatan China yang mempunyai 300 tempat duduk dalam sebuah bas yang sepanjang 25 meter.

Bas seumpama itu diharamkan di beberapa laluan di London pada 2009 selepas di dapati ia menjadi punca kepada kebanyakan kemalangan.

Datuk Bandar London, Boris Johnson berusaha keras untuk menjual 31 bas itu selepas ia didakwa tidak selamat dan menggalakkan penumpang mengelak membayar tambang.

Perkhidmatan bas itu ditamatkan pada 2005 selepas tiga terbakar.

Akhirnya, kebanyakan bas itu dijual kepada Malta pada 2011. - DM

Read Post | comments

Butler cabar ujian poligraf

Tuesday, September 4, 2012


“MARI kita lakukan ujian poligraf (pengesan pembohongan)!” Itu saranan jurulatih Terengganu, Peter Butler kepada pemain pertahanan, Muslim Ahmad dan pemain tengah, Ismail Faruqi Asha’ri untuk menentukan siapakah yang bercakap benar.
Jemu dengan penafian berterusan kedua-dua pemain yang sudah digugurkan dari skuad Penyu, jurulatih berusia 46 tahun itu yakin, ujian poligraf mampu membuktikan sama ada pemain terbabit bercakap benar apabila berkata tidak ada wanita bersama mereka di hotel penginapan pada awal pagi hari perlawanan menentang Kedah di Alor Setar, minggu lalu.

Jurulatih bangsa Inggeris itu berkata, beliau sanggup membiayai segala perbelanjaan untuk kedua-dua pemain itu menjalani ujian pengesanan pembohongan di tempat yang mereka pilih sama ada dalam atau luar negara.
“Saya sanggup bayar harga tiket kapal terbang, penginapan dan bayaran ujian walaupun mereka pilih untuk melakukannya di luar negara kerana yang penting ialah mencari kebenaran.

“Saya juga sanggup menjalani ujian poligraf bersama mereka kerana saya tahu itu saja yang dapat memuaskan hati semua pihak,” katanya.

Menurut Butler, usul menonton rakaman kamera litar tertutup mungkin menemui jalan buntu kerana pihak hotel cuma boleh menunjukkan pita rakaman kepada pihak berkuasa saja.
“Mungkin jika ada pihak yang membuat laporan polis, pita rakaman itu dapat diteliti pihak berkuasa tapi buat masa ini, tiada laporan polis dibuat.

“Pilihan yang ada sekarang ialah ujian poligraf dan sekiranya kos ujian itu saya yang tanggung, tidak ada sebab kedua-dua pemain itu menolak pelawaan ini,” katanya.
Menurutnya bekas jurulatih Kelantan itu, ujian itu sebenarnya lebih penting kepada kedua-dua pemain berbanding dirinya kerana tindakan menggugurkan mereka daripada pasukan bukan kerana mereka berfoya-foya dengan wanita.

“Mereka mengaku pulang lewat ke hotel sedangkan masa ditetapkan untuk pemain tidur pada malam sebelum perlawanan adalah jam 10.30.

“Saya sudah jelaskan sebelum ini saya tidak kisah kelakuan mereka dengan wanita cuma tidak mahu mereka melakukannya pada masa tidur dan agak keterlaluan pulang ke hotel jam 3 pagi,” katanya.

Katanya, beliau ada mendengar sebelum ini yang Ismail dan Muslim, memintanya memohon maaf dan ada juga laporan mengenai mereka mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Saya mempunyai cukup bukti daripada keterangan ramai termasuk dua rakan sepasukan namun saya sanggup memberi peluang kepada mereka menjalani ujian poligraf sekiranya tidak ada apa yang disembunyikan,” katanya.

Menurutnya, keputusan mengeluarkan Muslim, Ismail dan penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli, daripada pasukan dibuat selepas memberi pertimbangan sewajarnya.

“Sharbinee tahu apa yang dibuatnya ketika menepis bola ke dalam gol sendiri dalam pertemuan menentang Kedah (di halaman sendiri, Sabtu lalu) dan dia juga tahu tidak akan menjadi penjaga gol lagi selagi saya melatih pasukan.

“Namun, saya senang hati kerana pemain dan peminat, termasuk Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) menyokong tindakan saya kerana apa yang saya lakukan untuk kebaikan dan kemajuan bola sepak Terengganu,” katanya.
~M.Metro
p/s~ setuju dan mendesak mereka supaya membuat ujian poligraf kerana ini salah satu cara mereka membersihkan nama mereka.
Read Post | comments

Korang tahu piawaian sebenar solat???


UMAT Islam pasti tahu bahawa solat adalah perintah daripada Allah SWT dan kerana itu juga tiada pengecualian diberikan terhadap sesiapa pun sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang yang beriman.”
Namun, kadangkala solat tidak dirasakan sebagai tanggungjawab dan amanah Allah kepada hamba-Nya. Malah, kerana itu ada yang merasa solat itu umpama beban. 
Justeru, dewasa ini ramai umat Islam yang tanpa rasa bersalah meninggalkan solat dengan sengaja kerana merasakan tidak mendapat apa-apa daripada solat selain penat dan terganggu dengan kewajipan yang perlu dilakukan dalam kehidupan seharian.

Ada pula yang lebih berani menyatakan secara tidak berilmu” “Aku tidak solat pun dapat makan juga, dapat hidup macam biasa juga. Baik tak payah solat.”
Itu antara jawapan serta alasan bagi yang meninggalkan solat kerana tidak dapat melihat hikmah di sebalik perintah menunaikan solat itu. 
Alhamdulillah, masih ramai umat Islam yang tetap taat mematuhi rukun Islam kedua ini. Bagaimanapun, mungkin masih banyak soalan berlegar di kotak pemikiran umat Islam berkenaan hal ehwal solat.

Saya pernah ditanya seseorang, mengapa dia tidak dapat meninggalkan perbuatan maksiat sedangkan dirinya tidak pernah meninggalkan solat, kerana sepatutnya solat itu mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar.

Tidak dinafikan Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Ankabut ayat 45, yang bermaksud: “... dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah (kamu) daripada perkara keji dan mungkar.”

Ya, memang pelik jika kita masih liat meninggalkan maksiat sedangkan kita tidak pernah meninggalkan solat. Jadi, adakah Allah sengaja menuturkan firmannya di dalam ayat di atas, pada hal perkara itu tidak berlaku dalam realiti sebenar kehidupan seorang Muslim.

Berapa ramai yang bersolat tetapi masih gemar melakukan maksiat? Berapa ramai yang mendirikan solat tetapi masih gagal mendapat ketenangan jiwa?

Itu antara soalan umum yang boleh memesongkan kepercayaan umat Islam terhadap apa yang dinyatakan oleh Allah melalui al-Quran dan semestinya tanpa bimbingan betul. Sesungguhnya, bukanlah sifat Allah memungkiri apa yang dijanjikan-Nya.

Sebenarnya, persoalan itu harus berbalik pada diri kita. Sejauh mana kita menepati kriteria dan ‘piawaian’ solat yang ditetapkan oleh syariat.

Memang masih ramai menunaikan solat, tetapi berapa ramai menunaikan solat dengan sepenuh hati?

Ramai umat Islam pada zaman ini kurang menitikberatkan hal ehwal solat. Menunaikan solat umpama melepaskan batuk di tangga atau dalam kata lain, ‘asalkan buat’.

Jangan meremehkan dan meringankan perkara yang bersangkut paut dengan solat kerana solat bukan sekadar bermula dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan lafaz salam, sebaliknya ia lebih daripada itu.

Malah, solat itu sebaliknya boleh menjadi dosa apabila kita sengaja mengambil ringan hal solat, seperti mana Allah melaknat orang yang mendirikan solat sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Ma’uun ayat 4-5, yang bermaksud: “Neraka Wail (celakalah) bagi orang yang mengerjakan solat!”

Insya-Allah dalam artikel minggu ini, saya akan cuba mengupas beberapa perkara mengenai solat yang sering kita ringan-ringankan. Mudah-mudahan menjadi peringatan kepada diri saya dan menjadi sedikit renungan untuk kita semua.

Sebagaimana diketahui, untuk mengerjakan solat ada beberapa adab yang perlu dilakukan.


1. Wuduk

Wuduk atau dalam istilah orang Melayu, ‘air sembahyang’ antara perkara asas yang perlu sentiasa dititikberatkan, tetapi selalu dipandang remeh oleh umat Islam. Tidak sah solat seseorang itu tanpa wuduk bak pepatah latin mengatakan, ‘Void ab-initio’ (batal sejak daripada awal).

Allah berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 6, yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki (buku lali).”

Malangnya, masih ramai gagal menepati piawaian kesempurnaan wuduk yang ditetapkan oleh kaedah fiqh. Seperti contoh, membasuh muka tetapi tidak mengenai seluruh bahagian muka (yang ditetapkan) dan membasuh tangan tetapi tidak sampai ke siku.

Begitu juga apabila membasuh kaki, tidak membasuh dengan sebenar-benarnya dan gagal membuang kekotoran yang melekat.

Seperkara lagi yang selalu mencacatkan wuduk kita adalah apabila air terhalang oleh kuku yang panjang dan kita gagal memastikan air terkena bahagian yang terlindung oleh kuku panjang itu.

Maka cacatlah wuduk kita, dan secara automatiknya memberi kesan negatif terhadap solat didirikan. Susah payah kita menunaikan solat, tetapi pada masa yang sama, tidak dipandang Allah kerana cacatnya wuduk kita yang mungkin menyebabkan amalan solat kita tertolak dengan sendirinya.

Itu adalah perkara asas yang sewajarnya diambil perhatian oleh kita sebelum menunaikan solat. Insya-Allah jika sempurna wuduknya, semakin berkualiti penyerahan diri kita pada Allah melalui solat yang didirikan.


2. Tajwid

Lafaz Tajwid bererti memperelokkan. Dari segi istilah pula adalah “Mengeluarkan setiap huruf dari tempat keluarnya dengan memberi hak dan mustahaknya.” Kewajipan untuk membaca al-Quran secara bertajwid dapat dilihat di dalam al-Quran dalam surah Al-Muzammil ayat 4, yang bermaksud: “... dan bacalah al-Quran dengan Tartil.”

Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW yang kemudian direkodkan di dalam naskhah al-Quran. Justeru, adakah kita sewenang-wenangnya mengambil mudah apabila menuturkan kalam Allah ini?

Kerana itulah tajwid penting di dalam solat dan juga ketika membaca al-Quran. Namun sungguh malang apabila kita sering mengabaikan penekanan terhadap ilmu tajwid.

Entah di mana panjang, di mana pendek, bagaimana makhraj sesuatu huruf itu mungkin tidak kita beratkan kerana tidak memahami kepentingan membaca ayat suci dengan bertajwid ini. Apatah lagi apabila mahu solat itu segera selesai, lintang-pukanglah tajwid dalam bacaan solat.

Tidak hairan mengapa solat tidak mendatangkan kesan kepada diri kita. Mungkin ada yang perlu diperbetulkan dan diteliti berkenaan ilmu tajwid kita.

Jika kita merasa malu apabila tidak dapat menuturkan bahasa Inggeris, kita sepatutnya lebih malu apabila tidak dapat menuturkan kalam suci Allah ini secara bertajwid. ~ M.Metro
Read Post | comments (4)

Paris Hilton memeluk islam???

Sunday, September 2, 2012

Artis terkenal yang juga pewaris hotel hilton terkenal si paris hilton telah memeluk agama islam? Menurut jurucakap beliau Ian Brinkham melalui media CBS beliau telah menukar agama kepada islam dan mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal. Katanya " saya telah menemui kedamaian dalam hidup selepas menganut islam. Beliau juga bercadang menukar namanya kepada 'Tahirah' iaitu pure berita selanjutnya disini.
Read Post | comments

Dalang simbahan cat bas pkr dikenal pasti

Saturday, September 1, 2012

Akhirnya dalang sebenar yang menyimbah cat ke bas pkr dikenal pasti. Siapa yang korang rasa? Puak Umno? atau Pok Nik sendiri?..Segala bukti telah dikumpulkan dan anda boleh nilai sendiri disini.
Read Post | comments

Melayu Berak...Cina Pijak Muka PM... generasi sekarang makin tidak bertamadun?

Kurang ajar dan biadap, itu saja yang sesuai bagi aksi geng ambiga-samad ini. Apakah ini suatu yang boleh di anggap jenaka oleh budak Melayu bodoh ini ? Khabarnya mamat ni dari Johor dan menuntut di kolej Kuala Lumpur. Menurut sumber tak susah nak kutip budak ni, foto penuh dia pun dah ada di tangan ramai orang ! berita lanjut klik disini.
Read Post | comments

Syiling RM36,800 bertabur atas jalan~ Haram anda semua yang mengambilnya

BEGINILAH keadaan sebuah van keselamatan yang terbalik selepas tayar belakang sebelah kirinya pecah.

HULU SELANGOR - Sebuah van keselamatan yang membawa duit syiling dianggarkan berjumlah RM36,800 terbabas dan terbalik di Kilometer 426.7 Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung di sini semalam.
Kejadian pada pukul 12 tengah malam itu mengakibatkan pelbagai duit syiling milik sebuah pasar raya dan sebuah syarikat konsesi lebuh raya di dalam kenderaan itu bertaburan di atas lebuh raya.
Wang itu hendak dihantar ke satu lokasi di Ipoh, Perak dari Petaling Jaya, Selangor.
Ketika kejadian, terdapat tiga kakitangan syarikat keselamatan di dalamnya termasuk seorang pemandu yang berusia 38 tahun. Ketiga-tiga pekerja itu bagaimanapun mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, sebahagian besar wang itu dapat dipungut semula oleh kakitangan syarikat keselamatan dan pekerja lebuh raya itu menggunakan penyodok namun terdapat juga orang awam yang dilihat cuba mengutipnya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, tayar belakang sebelah kiri van itu dikatakan pecah menyebabkan ia hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya.
"Ekoran rempuhan itu, van tersebut terbalik di atas lebuh raya dan rosak teruk.
"Pemandu van dan dua rakannya yang cedera itu menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi Kosmo!.~ Kosmo
Read Post | comments

Sempena hari merdeka 101 bayi 31 Ogos 2012

SUHAILA A. AZIZ (kiri) dan Norhayati Ismail bersama bayi merdeka masing-masing di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

KUALA LUMPUR - Seramai 53 bayi 'merdeka' masing-masing 24 perempuan dan 29 lelaki dilahirkan di lapan hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang bermula selepas detik 12 tengah malam tadi hingga tengah hari semalam.
Bayi merdeka pertama ialah bayi lelaki yang dilahirkan sebaik selepas detik 12 tengah malam tadi.
Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hospital Kajang dan bayi itu adalah antara enam kelahiran yang direkod di hospital berkenaan, termasuk sepasang bayi kembar perempuan, kata jurucakap hospital itu.
Hospital Sungai Buloh pula mencatat kelahiran paling tinggi iaitu 13 bayi dengan kelahiran pertama, seorang bayi lelaki pada 12.14 pagi, kata jurucakap hospital itu.
Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula, seramai lapan bayi dilahirkan sehingga 9.02 pagi ini dengan bayi pertama seberat 2.73 kg dilahirkan pada 12.20 pagi.
Hospital Serdang dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) masing-masing mencatat tujuh kelahiran dengan bayi pertama masing-masing dilahirkan pada 1.02 pagi dan 12.55 pagi.
Hospital Kuala Lumpur mencatat kelahiran lima bayi dengan seorang daripadanya rakyat Indonesia seberat 4.25 kg yang dilahir pada 4.11 pagi, manakala Hospital Tawakal merekodkan kelahiran dua bayi lelaki.
Di Hospital Pantai Kuala Lumpur pula, lima kelahiran direkod termasuk seorang bayi lelaki rakyat Perancis, kata jurucakap hospital itu.
Daripada 53 bayi yang dilahirkan itu, 18 kelahiran adalah melalui pembedahan iaitu masing-masing satu di PPUM dan HKL, Hospital Tawakal Kuala Lumpur (dua), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (tiga) dan masing-masing empat di Hospital Serdang dan SJMC.
Di Kuala Terengganu, 28 bayi dilahirkan di beberapa hospital di negeri itu sehingga 12 tengah hari iaitu 12 bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan kelahiran pertama ialah pada 12.14 pagi.
Di George Town, seramai tiga bayi dilahirkan di Hospital Pulau Pinang termasuk dua bayi rakyat Indonesia.
Di Seremban, seramai 17 bayi merdeka dilahirkan di hospital kerajaan di negeri ini bermula tengah malam sehingga 12 tengah hari, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan. - Bernama

Read Post | comments
 
© Copyright My General Story 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all