Sunday, August 12, 2012

Astaga... 13 orang mati dipanah petir ketika solat tarawih

GAMBAR HIASAN

DHAKA: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 15 lagi cedera apabila sebuah bangunan yang dijadikan
 masjid di desa terpencil di negara ini, disambar petir.
Ketika itu penduduk sedang bersolat Tarawih, kata polis semalam. Petir menyambar bangunan beratap jerami
 itu di desa Saraswatipur di timur laut negara itu kira-kira 200 kilometer dari Dhaka malam semalam.

Ketika kejadian, kira-kira 35 orang sedang solat Tarawih, kata Ketua Polis Bayes Alam.

“Semua 13 jemaah, termasuk imam masjid mati di tempat kejadian. Sesetengah mayat dan wajah mangsa
 hangus terbakar,” katanya kepada media sambil menambah sekurang-kurangnya 15 orang cedera, termasuk
 enam yang sedang dirawat di hospital.

Penduduk menjadikan bangunan itu sebagai masjid kerana akses untuk bangunan masjid konkrit yang lebih
 kukuh di desa itu sukar dikunjungi ekoran hujan lebat sejak beberapa minggu lalu yang menyebabkan air
 sungai Saraswati melimpah.

Petir menjadi ancaman utama di Sunamganj, tempat bagi beberapa tasik terbesar di Bangladesh. Kebanyakan
 insiden berlaku ketika musim angin monsoon antara Jun hingga September apabila daerah itu menerima
 taburan hujan yang tinggi. - AFP


Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright My General Story 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all