Kejayaan layak ke separuh akhir di London dianggap olehnya sebagai satu keputusan baik selepas hanya mampu layak ke suku akhir di Beijing 2008.
Sebelum ini, ada perancangan dalam fikiran ketua jurulatih, Tan Kim Her untuk memisahkan bekas pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 selepas menilai prestasi serta pencapaian mereka di London. Jelas dengan kemampuan layak ke separuh akhir, mereka ada bahan untuk berhujah dengan pihak pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Dalam perebutan pingat gangsa kelmarin, pasangan itu tewas kepada beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae-Chung Jae Sung dari Korea Selatan untuk pulang tanpa sebarang pingat.
Sementara itu, Kim Her berkata walaupun topik ini ada berlegar dalam kotak fikirannya sebelum ke London tapi semalam dia memberi bayangan ia mungkin ditangguh selepas menyifatkan persembahan anak didiknya di temasya kali ini amat memberangsangkan.
"Ini bukan masa yang baik untuk bercakap sama ada mahu memisahkan beregu utama ini. Saya ada rancangan empat tahun yang disasarkan ke arah Sukan Olimpik 2016.
"Satu keputusan tepat akan dibuat apabila masa itu tiba nanti," katanya yang beranggapan Kien Keat-Boon Heong menunjukkan perwatakan positif dalam kempen kali ini.
Sumber BH
0 comments:
Post a Comment