Tidak tahu macam mana hendak digambarkan perasaan bila berkuku panjang macam ni. Masalahnya cantik ke? Tentu banyak persoalan didalam kotak fikiran kita bila melihat mereka yang berkuku panjang seperti ni.
Antaranya:-
1~ Macam mana cara kamu makan atau minum?
2~ Macam mana kamu pakai baju, seluar atau kain?
3~ Macam mana kamu korek hidung? korek telinga?
4~ Macam mana kamu basuh bahagian belakang kalau melabur? atau di bahagian hadapan?
5~ Mustahil kan kalau kamu boleh buat semua tu dengan berkuku panjang yang hodoh mcm tu?
Bangga kita menjadi umat nabi muhammad yang seorang islam kerana islam itu bersih!!!
Sebelum Islam mencenderung kepada masalah perhiasan dan gerak yang baik, terlebih dahulu Islam mengerahkan kecenderungannya yang lebih besar kepada masalah kebersihan adalah merupakan dasar pokok bagi setiap perhiasan yang baik dan pemandangan yang elok.
Dalam salah satu hadisnya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut: "Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih." (Riwayat Ibnu Hibban)
Dan sabdanya pula: "Kebersihan itu dapat mengajak orang kepada iman. Sedang iman itu akan bersama pemiliknya ke sorga." (Riwayat Thabarani)
Rasulullah s.a.w. sangat menekankan tentang masalah kebersihan pakaian, badan, rumah dan jalan-jalan. Dan lebih serius lagi, iaitu tentang kebersihan gigi, tangan dan kepala.
Ini bukan suatu hal yang menghairankan, kerana Islam telah meletakkan suci (bersih) sebagai kunci bagi peribadatannya yang tertinggi iaitu shalat. Oleh kerana itu tidak akan diterima sembahyangnya seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang dipakai pun dalam keadaan bersih. Ini belum termasuk kebersihan yang diwajibkan terhadap seluruh badan atau pada anggota badan. Kebersihan yang wajib ini dalam Islam dilakukan dengan mandi dan wudhu'.
Syukur alhamdulilah.
Meletak iklan didalam posting
-
Iklan yang diletakkan didalam blog boleh menghasilkan pendapatan sambil
anda berblog.Namun iklan yang diletakkan hendakah di posisi yang sesuai
bagi menar...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment